popular post

Rabu, 3 Disember 2014

Mengidam

  Bila kita tringin makan sesuatu itu dikatakan mengidam.bukan orang mengandung je yang boleh mengidam.kaum lelaki pun tak kurang juga selera nak makan itu ini mengalahkan orang perempuan mengandung.

  Normallah jika wanita mengandung mengidamkan sesuatu.terutama makanan yang masam-masak seperti mangga muda.saya suka makan mangga muda cicah garam pppeerrr terpercit air liur.ada yang suka makan dengan sambal kicap.tapi saya suka cicah dengan garam.

  Selera orang mengandung ne tak semua sama,ada yang asyik nak makan je ada yang makan sikit je.kandugan ke dua sangat berbeza dengan kandungan anak petama.dulu masa mengandung anak petama selera kuat makan.kuat makan asam masin yang warna putih tu.bab makan nasi jangan cakap la memang akan menambah.lagi-lagi time raya lagilah terangkan selera nak makan macam-macam kueh raya.bila dah habis raya pegi cek up mizi bising pasal berat badan.diorang bising pun demi kebaikan kita juga,tak nak nanti baby terlebih besar takut susah nak teran.lagi - lagi anak petama kan.laluan kasih sempit.

Tak salah Kita mengidamkan sesuatu tetapi biarlah berpadah-padah .kadang-kadang bila kita kata benda tu sedap orang dah salah faham.terus kata kita mengidam,padahal kita hanya kata benda tu sedap.kot sebab depa tengok kita tengah mengandung dan risau jika kita teringin nak makan.

  Orang tua-tua kata kalau mengidamkan sesuatu harus dituruti.dibimbangi bila anak keluar nanti asyik berliur je.sejauh mana kebenaran itu pun saya tak pasti.selagi kita mampu turuti pantang larang orang tua-tua kita turuti.ada baiknya kita lebih berhati-hati kan.mereka lagi berpengalama.

  Jangan terlalu over melayan keinginan tekak.
Sebenarnya memang la normal jika kita idamkan sesuatu makanan.tapi biarlah berpadah-padah.ikut cara rasul makan.berhenti sebelum kenyang.mengidam bukan membawa maksud kita kena habiskan makanan yang kita idamkan.makanla sikit - sikit demi kesehatan anda.memang bahaya jika makan berlebihan,lagi-lagi ibu mengandung.dikuatiri akan memberi kesan yang tidak diingini.

  Kawal pemakanan.
Kawan kandungan gula,garam.dan lemak dalam makanan.untuk mengelakkan anda terkena kencing manis , darah tinggi dan berat berlebihan.tiga penyakit ini akan menyusahkan anda dalam tempoh mengandung.kena kerap ambil darah,kena kerap minum air gula.air gula ne bukan manis biasa-biasa je.kepekatan manis tu membuatkan kita nak muntah.jika berat berlebihan anda akan cepat penat dan susah nak bawa badan dan kaki akan cepat membengkak sebab tak kampu nak tampung berat badan.

  Akhir kata jagalah pemakanan.jaga kesehatan,banyakkan berehat tetapi bukan rehat yang melampau-lampau hinggakan kerja rumah terabai.rumah bersepah,kain baju tak berbasuh.usahakan buat kerja perlahan-lahan.jika tidak mampu juga disebabkan mabuk teruk.minta bantuan suami untuk menguruskan diri anda.yang penting jangan lupa makan ubat yang dibekalkan oleh mizi.jika anda ada mengambil apa-apa supplement selain ubat dari kelinik.sila bawa supplement anda untuk meminta pandangan doktor masa temujanji untuk mengelakkan sesuatu yany tidak diingini berlaku pada diri anda dan juga kandungan.

  Sekiranya anda mempunyai masalah kesehatan sepanjang mengandung atau ada apa-apa soalan nak diajukan boleh hubungi saya atau whsap. Jan's 011-21152364

Tiada ulasan :

Catat Ulasan