popular post

Jumaat, 30 Mei 2014

# B.complax penyebab kencing kuning

Kenapa kencing kuning bila makan Bcomplex

ramai yang risau bila tengok air kencing menjadi kuning.mesti korang salahkan B.complax shaklee kan ? jangan risau urin kuning itu normal sebab B.complax ne vitamin yang mudah larut dalam air.

.

Jom kenali jenis air kencing anda

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome




tak nak kencing menjadi kuning kenala minum air putih/air masak sekurang2 nya 3 liter sehari...air manis tak di kira dalam 3 liter tu ye heheheh



saya akan cuba membantu anda dan mencadangkan supplement mengikut masalah yang anda hadapi.free consultan,bagi costemer yang membeli dari saya

Nama ~ norjannah binti paje.
Sid ~ 951040
fb ~ jan's Azali
page ~ jan's supplement shop
Fon ~ 011-21152364

Khamis, 29 Mei 2014

# DTX COMPLEX SHAKLEE


Kebaikan DTX Complex Shaklee


Mungkin jarang kita mendengar nama DTX Complex Shaklee ini di sebut-sebut, kerana, kita sering mengaitkan supplemen untuk perkara-perkara yang sering berkaitan dengan kehidupan seharian kita sahaja. DTX Complex Shaklee tergolong dalam kumpulan sebagai supplemen cadangan untuk kesihatan hati.
Jadi, apa kata kita terokai apakah perbezaan DTX Shaklee… (^_^)
Sumber : Buku Nutrisi Shaklee
Perbezaan DTX Shaklee
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
  • DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
  • Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex
1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
2ok (Artichoke). Artic
  • Membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu
3. Dandelion
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
  • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
4. Kunyit
  • Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
  • Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung
6. Schizandra
  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin
Note: Saiz hidangan – 3 biji sehari (untuk 30 hari) & 90 biji / botol
Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikan untuk membaiki.
Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:
1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Shaklee adalah supplemen yang dipercayai lebih 50 tahun, ianya semulajadi, terbukti selamat & berkesan


~ saya akan cuba membantu anda dan mencadangkan supplement mengikut masalah yang anda hadapi.free consultan,bagi costemer yang membeli dari saya

Nama ~ norjannah binti paje.
Sid ~ 951040
fb ~ jan's Azali page ~ jan's supplement shop
Fon ~ 011-21152364

# kencing manis

Kenali Apa Punca Serta Tanda Kencing Manis

Kencing manis adalah antara penyakit yang sangat popular di negara Malaysia. Ia sering dikaitkan dengan pengambilan gula dalam menu harian, yang dikatakan diambil melebihi kuantiti yang diperlukan oleh badan. Namun, tahukah anda, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai penyakit kencing manis atau bahasa sainsnya, Diabetes melitus?
Apakah Kencing manis?
Kencing manis atau diabetes melitus ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan insulin dalam kadar terlalu sedikit sehingga ia tidak memberikan kesan kepada badan. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan bagi mengekalkan paras normal gula. Apabila insulin dihasilkan dalam kuantiti yang terlalu sedikit, ia telah menyebabkan paras gula di dalam darah semakin meningkat sehingga melebih paras normal.
Punca Kencing Manis
Antara punca kencing manis yang paling popular adalah seperti,
  • Kegemukan atau obesiti
  • Kurangnya aktiviti kecergasa fizikal atau senaman
  • Keturunan
  • Corak pemakanan yang tidak teratur
  • Faktor lain seperti, jantina, umur dan jantina
  • Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan
  • Pengambilan serat yang tidak mencukupi
  • Kurang zat makanan di peringkat awal umur
  • Kelahiran tidak cukup berat
Tanda-tanda Kencing Manis
  • Kerap dahaga
  • Kerap kencing
  • Susut berat badan walaupun berselera makan
  • Terasa letih dan lesu
  • Luka atau cedera yang lambat sembuh
  • Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan
Jenis-jenis Kencing Manis
1. Bergantung sepenuhnya kepada insulin
  • Kebanyakkan terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
  • Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman
  • Terjadi kerana kekurangan insulin
  • Ianya mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang telah mengidapnya
2. Jenis tidak bergantung dengan suntikan insulin
  • Selalu berlaku di kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas
  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)
  • Boleh dikawal dengan dengan kawalan pemakanan dan senaman dan juga bantuan ubat-ubatan
Kesan Kencing Manis
Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik, boleh menyebabkan kesan yang lebih serius. Antaranya:
  • Kegagalan buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Kebutaan/ katarak
  • Koma
  • Angin Ahmar (Strok)
  • Sakit saraf atau mati pucuk
  • Gangrene atau anggota tubuh mati / membusuk
Penyakit kencing manis adalah antara penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi ianya boleh di kawal. Untuk mengawalnya, kadar gula dalam peredaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar normal. Selain itu, kita hendaklah sentiasa memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:
  • Pengambilan ubat atas nasihat doktor
  • Pemakanan sihat
  • Penjagaan berat badan
  • Selalu bersenam
  • Elakkan sebarang jangkitan
Oleh sebab itu, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebelum kita di sahkan mengidap penyakit kencing manis, anda perlu mengambil beberapa langkah, antaranya,
  • Memiliki berat badan unggul
  • Makan makanan yang berkhasiat dan berzat
  • Makan sesuai dengan umur dan aktiviti fizikal
  • Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin
  • Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit
  • Selalu melakukan senaman
Shaklee membekalkan nutrisi yang lengkap di dalam Set Sugar Control Shaklee, bagi meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.
Antara supplemen yang terkandung di dalam Set Sugar Control Shaklee, adalah
  1. Energizing Soy Protein (ESP)
  2. Vita-Lea Iron Formula
  3. GLA Complex
  4. Alfalfa Complex
  5. Sustained Release Vita-C
  6. Zinc Complex
Kebaikan yang terdapat di dalam set ini adalah,
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  • Membantu menyembuhkan luka
~ saya akan cuba membantu anda dan mencadangkan supplement mengikut masalah yang anda hadapi.free consultan,bagi costemer yang membeli dari saya

 Nama ~ norjannah binti paje.
Sid ~ 951040
fb ~ jan's Azali
page ~ jan's supplement shop
Fon ~ 011-21152364

# kesuburan

 Tips Hebat Untuk Kesuburan Wanita & Lelaki

Mempunyai cahaya mata sendiri, adalah impian setiap pasangan.. Tiada pasangan yang dah berkahwin, akan mengatakan, bahawa mereka lebih suka tinggal berdua.. Betul tak?
Jadi, saya ingin berkongsi 4 tips hebat untuk memperhebatkan lagi kesuburan anda dan pasangan anda.
1) Kesuburan Wanita + Kesuburan Lelaki
Kedua-dua isteri dan suami memainkan peranan penting bagi menjayakan usaha untuk hamil ini. Oleh itu, secara menyeluruhnya kesuburan wanita dan kesuburan lelaki amat penting dalam usaha mendapatkan cahayamata. Di bawah ini saya ringkaskan apa yang diperlukan untuk kesuburan wanita dan kesuburan lelaki sekurang-kurang untuk 1 hingga 6 bulan sebelum perancangan untuk hamil:-
Kesuburan Wanita 
Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur. ·
Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang. ·
Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·
Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (FertilAid For Women) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil. Bagi wanita yang mengalami tiub fallopio tersumbat atau berumur 30 tahun ke atas, anda digalakkan mengambil FertileCM untuk meningkatkan bendalir mukus subur yang melindungi sperma ketika bersama.
Kesuburan Lelaki
Untuk memastikan penghasilan sperma yang sihat, anda digalakkan mengurangkan @ berhenti merokok, tidak memakai seluar yang ketat, elakkan mandi air panas dan sauna serta amalkan senaman yang teratur. Pastikan anda juga merancang masa untuk bersama isteri selari dengan hari subur isteri untuk bercuti agar tidak tertekan dan anda akan lebih gembira bersama isteri anda. · Anda digalakkan minum kopi dan mengambil bawang putih serta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organik. ·
Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin racun serangga perosak, lead dan larutan organik.
Pastikan anda juga mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (FertilAid For Men) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.
2) Posisi Hubungan Seksual Untuk Hamil
Walaupun belum terdapat bukti yang kukuh bahawa posisi seksual tertentu lebih baik dari posisi seks yang lain dapat meningkatkan potensi kehamilan, karana kehamilan selalunya mungkin terjadi selama penis berada dalam vagina sewaktu ejakulasi.
Tetapi bagi anda yang mengidamkan kehadiran cahayamata, tidak ada salahnya mencuba tips posisi seks terbaik untuk hamil seperti dibawah ini :-
a- Yang pertama, posisi suami diatas adalah yang terbaik untuk ingin hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga panggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 menit atau lebih. Dan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar akan menyebabkan sperma tergenang dibelakang rahim saja dan sukar untuk berenang untuk mendapatkan sel telur. Sehingga menjadikan usaha anda sia-sia saja.
b- Yang kedua, posisi suami dibelakang dan berlutut, sementara isteri dalam keadaan seperti bersujud kerana dengan posisi seks ini, sperma akan terus ke rahim wanita untuk bertemu dengan sel telur. Walaubagaimanapun, kebanyakkan isteri tidak berasa selesa dengan dengan posisi ini.
Posisi seksual yang sebaiknya di HINDARI bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya saki-baki sperma yang sedikit saja yang mencuba berenang kearah sel telur.
Setakat ini, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Ini kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi berlaku. Namun anda digalakkan memberi masa untuk sperma berenang ke servik rahim. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksik untuk sperma yang menyebabkan sperma mati.
Posisi seksual hanyalah salah satu dari banyak perkara yang dapat anda cuba dalam berusaha untuk mendapatkan zuriat atau ingin hamil.
3) 3 Rahsia Kehamilan
Bayi yang sihat tidak terjadi dengan hanya sperma bertemu sel telur. Terdapat 3 rahsia penting kehamilan untuk membolehkan kita menghasilkan fetus yang sihat dan agar ianya bertahan sehingga cukup bulan selama tempoh kehamilan.
Rahsia Pertama – Elakkan penghasilan telur dan sperma lama
Dalam kajian saya, penghasilan fetus yang sihat dan kuat, kedua-dua suami dan isteri hendaklah mengeluarkan telur dan sperma yang segar. Ini bermaksud elakkan hubungan seks beberapa hari sebelum hari subur isteri anda, kerana sperma boleh bertahan selama 3 hari. Selepas 3 hari sperma ini akan lama dan rosak.
Jika hari subur isteri jatuh pada hari ke-13 dan-14, maka anda digalakkan bersama setiap hari atau selang sehari pada hari ke-11, ke-12, ke-13 dan ke-14. Elakkan bersama selepas hari ke-14.
Contohnya hari pertama haid anda adalah 2/7/2009, maka hari subur anda adalah 14/7/2009 dan 15/7/2009. Anda digalakkan bersama suami sekerap yang mungkin atau selang sehari pada 12/7/2009, 13/7/2009, 14/7/2009 dan 15/7/2009 dan berhenti bersama pada hari yang berikutnya,iaitu 16/7/2009 untuk mengelakkan telur dan sperma sudah tamat tempoh bagi mengurangkan risiko keguguran.
Rahsia Kedua – Tingkatkan bilangan sperma sehingga hari subur
Bagi si suami pula, anda dinasihat tidak melakukan ejakulasi langsung 3 hari sebelum hari subur isteri anda bagi meningkatkan bilangan sperma dan menjamin kualiti sperma yang dihasilkan sehingga hari subur isteri anda
Rahsia Ketiga – Jangan cuba berkonsepsi jika hari subur(ovulasi) anda jatuh pada hari ke-17 atau lewat
Saya dapati masa optima untuk hari subur (ovulasi) adalah hari-14 atau awal, apabila peluang untuk menghasilkan fetus yang sihat adalah 90%. Jika hari subur anda jatuh pada hari ke-15 atau lewat peluang tersebut jatuh kepada 43%.
Hari subur yang lewat juga meningkatkan risiko keguguran kerana sel telur yang dihasil telah lama dan rosak, dimana ia akan mengurang penghasilan hormone progesterone, iaitu hormone yang menyiapkan uterus atau rahim anda untuk proses kehamilan dan menghalang kedatangan haid anda.
Kelewatan hari subur anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, saya nasihatkan anda semak balik pemakanan seimbang anda, mengawal berat badan anda dengan senaman yang teratur, pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dan tidak tertekan(stress).
4) Sentiasa Berdoa & Bertawakal
Bagi yang beragama Islam kita digalakkan berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan dikurniakan apa yang kita idamkan. Di bawah saya sertakan doa untuk mendapat anak yang amat digalakkan baca setiap kali selepas solat:-
Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as. Di sanalah Zakaria mendo’a kepada Tuhannya seraya berkata:
___________








~ saya akan cuba membantu anda dan mencadangkan supplement mengikut masalah yang anda hadapi.free consultan,bagi costemer yang membeli dari saya Nama ~ norjannah binti paje. Sid ~ 951040 fb ~ jan's Azali page ~ jan's supplement shop Fon ~ 011-21152364

# BASIC H


Rumusan kegunaan Basic H...ehehe biasa rumusan dok bawah..ari ni special..duk atas..
1. Cuci sayur dan buah- buahan sebelum masak.
2. Cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Membersihkan meja makan rumah, rak dapur, seluruh rumah (mop) supaya semut dan lipas tak memenuhi ruang tersebut.
4. Mencegah sinki tak tersumbat.
5. Basic H membantu mengurangkan demam anak-anak(tuam)
6. Mandi dengan Basic H apabila anak kena gatal-gatal atau gigitan serangga.
7. Bantu menyelesaikan masalah gula-gula getah melekat di baju anak.
8.  Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
9. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampin pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.



Antara kegunaan Basic H


1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.  Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.  Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.  Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.  Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.  Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.  Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.  Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.  Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.  Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA


1.  Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2.  Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3.  Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4.  Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5.  Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6.  Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7.  Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8.  Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9.  Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.




~ saya akan cuba membantu anda dan mencadangkan supplement mengikut masalah yang anda hadapi.free consultan,bagi costemer yang membeli dari saya

Nama ~ norjannah binti paje.
Sid ~ 951040
fb ~ jan's Azali
page ~ jan's supplement shop
Fon ~ 011-21152364