popular post

Selasa, 13 Mei 2014

# apa itu supplement


Foto Jan's Supplement Shop.


Ramai yang tidak tahu apa itu supplement ?
Supplement ialah pemakanan tambahan untuk mencukupi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Contohnya...kalsium , tidak semua orang suka minum susu kan?kalsium itu datangnya dari susu untuk kekuatan rangka tubuh badan kita.
Vitamin C juga...saggup kah anda makan buah oren setiap hari.bagi yang rajin tu ok la kan.yang tidak suka makan buah,macam mana nak dapatkan vitamin C dalam badan dan mengekalkan tahap collagen untuk kulit.

So...disinilah anda memerlukan supplement.salah satu nya ialah shaklee.
Shaklee bukanya ubat.tetapi supplement pemakanan tambahan untuk mencukupkan apa yang di perlukan oleh tubuh badan kita.

Sebelum ambil apa-apa supplement anda perlu mendapatkan rujukan dan consultation dari mereka yang terdidik.jika anda sekadar main beli dan makan ikut suka .kemungkinan akan terjadi sebaliknya.

Setiap pemakanan supplement ada had dos yg di tentukan.silap makan akan memberi kesan seperti pitam,pening,muntah-muntah.

Tidak tahu supplement apa yang sesuai untuk anda pm jan's 011-21152364




Nama ~ norjannah binti paje. Sid ~ 951040. FB ~ Www.facebook.com/Jans.azali. Page ~ https://m.facebook.com/pages/Jans-supplement-shop/185431661618872?id185431661618872&-rdr Blog ~ http://jannahdanvita.blogspot.com/2014/04. Fon ~ 011-21152364

# supplement harian saya

Inilah supplement peneman kesehatan ku. bukan sebab sakit...hidup yang full time membuatkan badan cepat letih.makan pun tidak ikut time.so shaklee banyak membantu.

Esp + chocolate shake mix ~
membantu perutku kenyang berpanjangan.sambil mengelakkan otot mengelebar dek nak slim sebelum raya hehehe..bukan je tuk slim otot terbina kulit pun putih bersih, akar rambut pun sehat je.bak kata pepatah sehat dari hujung rambut hingga hujung kaki.esp adalah sumber protin yang sangat best.

Alfalfa ~
yang ne sangat-sangat penting untuk dalaman saya.habis stok wajib oder dan wajib simpan stok.saya sayang sangat - sangat alfalfa ne berbanding vitamin c.Walau bagaimana pun vitamin c wajib juga untuk wajahku.bezanya habis stok saya tak kesah hehehe.

Vitamin C ~
Saya ambil sebab ada masalah gusi berdarah bila gosok gigi.tu tandanya kekurangan vitamin c.

Herba-lax ~
Supplement terbaik untuk perutku yang buncit.alhamdulillah dapat butangkan semula seluar jeans masa bujang dulu.

Ostematrix ~
Sebabkan saya ne masih lagi menyusukan anak.pastinya memerlukan kalsium untuk mengelakkan sakit belakang yang kronik.dan mengantikan kalsium yang di tarik ketika menyusu.

Zink ~
Terbaik untuk akar rambutku dan menyembuhkan luka-luka di tangan.almaklumla asyik pegang pisau je kat dapur hahaha..lagi-lagi peristiwa yang sangat ngeri bila tangan tersepit pintu kereta.

Peppermint Ginger plus ~
Saya suka rasa peppermint ne yang berangin.rasa sejuk d tekak.sebab salah satu bahan dalam peppermint ne adalah daun pudina.membantu membuang angin dalam badan.sesuai untuk ibu mengandung yang mabuk teruk.

Anda pun mampu sehat dan cantik seperti kami yang mengamalkan supplement shaklee.
Berminat pm jan's 011-21152364







Nama ~ norjannah binti paje.
Sid ~ 951040.
FB ~ Www.facebook.com/Jans.azali.
Page ~ https://m.facebook.com/pages/Jans-supplement-shop/185431661618872?id185431661618872&-rdr
 Blog ~ http://jannahdanvita.blogspot.com/2014/04. Fon ~ 011-21152364

# lecithin shsklee

LECITHIN : Kandungannya, Kepentingannya dan Kegunaannya


Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.










Nama ~ norjannah binti paje. Sid ~ 951040. FB ~ Www.facebook.com/Jans.azali. Page ~ https://m.facebook.com/pages/Jans-supplement-shop/185431661618872?id185431661618872&-rdr Blog ~ http://jannahdanvita.blogspot.com/2014/04. Fon ~ 011-21152364

# Omega untuk anak dan ibu hamil

Keperluan DHA Pada Kanak-kanak (ADA DALAM OMEGA GUARD)
RAMAI YANG MUNGKIN TIDAK PERASAAN DALAM OMEGA GUARD JUGA MENGANDUNGI DHA SEBANYAK 120MG.

Apa Itu DHA 
DHA atau Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata.

Keperluan Harian DHA
Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram.


Kepentingan DHA
DHA penting untuk perkembangan otak.
- DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.

DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
- Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar.

DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
- kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar.

Sumber DHA

DHA boleh diperolehi secara semula dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola.


* Jumlah pengambilan DHA oleh ibu hamil akan mempengaruhi perkembangan otak anak.
* Anak-anak juga memerlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak.

















Nama ~ norjannah binti paje. Sid ~ 951040. FB ~ Www.facebook.com/Jans.azali. Page ~ https://m.facebook.com/pages/Jans-supplement-shop/185431661618872?id185431661618872&-rdr Blog ~ http://jannahdanvita.blogspot.com/2014/04. Fon ~ 011-21152364

# benarkah soya penyebab kenser ?


Soya Penyebab Kanser? Kenali ESP dan kenapa ianya berbeza.

By Wan Fatihanum on pada 22hb November 2013 pukul 12.40 ptg
Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...

ESP ialah protin..kenapa protin penting?

  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium













Nama ~ norjannah binti paje.
Sid ~ 951040.
FB ~ Www.facebook.com/Jans.azali.
Page ~ https://m.facebook.com/pages/Jans-supplement
Blog ~ http://jannahdanvita.blogspot.com/2014/04
Fon ~ 011-21152364

# tentang ESP





Ada apa yang istimewa dengan ESP
Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?


Jika anda adalah salah seseorang
yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA
sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT
SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak
produk Shaklee!

1. Apa itu Energizing Soy Protein
atau  ESP?

Ia adalah protein soya yang
berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk.
ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu
atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau
suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2.
Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai
masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak
digalakkan.


Sesuai untuk semua lapisan:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu
memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.


2. Wanita yang ingin menguruskan
badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan
rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!


3. Ibu-ibu yang menyusu anak:
Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping
digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu
yang konsisten.


4. Pesakit kencing manis: Mempunyai
indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan
mengawal paras glukosa.


5. Wanita yang mementingkan
penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan
kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.
WOW…!!!


DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu
mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan,
kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata,
anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!


3. Cara bancuhan ESP




     

  1.  ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalamsusu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan
    sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobakputih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + Meal Shake + Aiskrim (buatan sendiri)...resipileh check sini..http://exclusivelypumpingmother.blogspot.com/2011/01/resipi-baru-espnyum-nyumsedapp.html.
  13. ESP+koko+minyak zaitun+oat+madu+susu (semua ni bancuh nblend)..Its good for brain + energy + healthy diet.. Resepi ini telah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya  

Sila tambah lagi mengikut kreativiti
dan selera anda



Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah,
organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit
muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.


Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam
isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan
paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.


Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia
mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser
daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum
radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga
rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.


Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan,
sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan
otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga
segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun,
dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang
berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.


Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan
rambut, pigmentasi, freckles.


Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan
sebagainya.

Sekiranya ada di antara kawan2 yang ingin membuat penambahan, dialu-alukan
untuk perkongsian bersama.

Terima kasih kerana sudi membaca....





































Nama ~ norjannah binti paje.
Sid ~ 951040.
FB ~ Www.facebook.com/Jans.azali.
Page ~ https://m.facebook.com/pages/Jans-supplement-shop/185431661618872?id185431661618872&-rdr
Blog ~ http://jannahdanvita.blogspot.com/2014/04.
Fon ~ 011-21152364

# supplement terbaik untuk ibu hamil

tidak tahu nak pilih supplement atau vitamin terbaik untuk kandungan anda ?takut dengan kesan sampingan yang boleh membahayakan kesehatan diri dan baby dalam kandungan . yakin 100 '/. supplemet shaklee yang terbaik dan selamat

setiap ibu atau bakal ibu mempunyai ragam yang berbeza-beza.ibu yang mengandung memerlukan supplemet atau vitamin yang lengkap bernutrisi. bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sehat untuk janin dalam kandungan

morning sickness adalah perkara biasa yang berlaku pada ibu hamil.bermacam2 ragam yang terjadi.walau bagaimanapun,supplement shaklee dapat membantu anda mengatasi mabuk hamil.supplemet shaklee terbaik,selamat,yang penting ianya semulajadi dan bebas bahan kimia

* ostematrix ( kalsium - magnesium )

ibu mengandung memerlukan 100mg-1300mg sehari.ostematrix ini mengandungi kalsium,magnesium dan vitamin D.kiranya 3 dlm 1 la heheh.setiap satu biji ostematrix mengandungi 250mg kalsium.
Magnesium berfungsi untuk membantu mengabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkanya.
Vitamin D pulak untuk merangsang penyerapan penyerapan kalsium.kalsium sangat penting untuk membina sel,pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki rangsangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot terutamanya bagi ibu mengandung,serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan menjejaskan petumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi pada ibu itu sendiri.ini kerana apabila kalsiumuntuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesanya.ibu mungkin terdedah kepada risiko osteoporosis di usia tua



ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormondan enzim didalam tubuh.sangat di perlukan oleh wanita mengandung




Nama ~ norjannah binti paje. Sid ~ 951040. FB ~ Www.facebook.com/Jans.azali. Page ~ https://m.facebook.com/pages/Jans-supplement-shop/185431661618872?id185431661618872&-rdr Blog ~ http://jannahdanvita.blogspot.com/2014/04. Fon ~ 011-21152364